Wednesday, May 18, 2011

Kali pertama...


Dah tiba masanya untuk YY mulakan langkah pertama. Langkah apa ye? Sebenarnya YY belum pernah keluar dari Malaysia untuk sebarang sebab. Jadi YY mengambil langkah permulaan untuk bercuti ke BANDUNG..
Bandung Airport
 Tempat yg menjadi idaman pada yg suke bershopping... YY tak la suke sangat shopping tapi bila dah sampai sana rasa mcm semua benda nak beli.  Pengembaraan YY pertama kali menjejakkan kaki di tempat org adalah pengalaman yang menggembirakan. 4 hari 3 malam... YY meninggalkan kerja, kitchen dan oven yg YY sayang..he..he.. Keluarga?? Keluarga yg jauh di Malaysia terasa dekat je sbb hari2 telefon so kira walaupun YY tak pergi bercuti bersama keluarga, tapi YY heret gak anak dan suami dalam conversation setiap hari dalam phone...

Dalam percutian tu, kami menghabiskan masa di banyak tempat2 yg senantiasa dikunjungi oleh tetamu2 dari Malaysia seperti PASAR BARU BANDUNG. Tempat ni YY rasa kalo pegi sekali tak cukup kot... musti kene pegi 2 kali baru rasa complete. Kami ke JALAN RIAU menyinggah di Heritage, Cascade, Stamp, Summit, Secret dan lain2 lagi. JALAN SETIABUDI menyinggah di RUMAH MODA, MODA PLUS, FASHION WORLD ... dan beberapa kedai di deretan itu. Sempat lunch masakan padang di sini.

Masakan Padang
TANGKUBAN PERAHU kami jelajahi di hari ketiga disana. Memang indah permandangan gunung berapi yang pernah meletus suatu ketika dulu. Pokok2 bekas terkena simbahan panas ledakan api juga masih dapat kami saksikan. Kawah berapi itu masih lagi berasap... bermakna masih aktif mungkin... 

Tangkuban Perahu
Pohon bekas terkena simbahan ledakan api
 Dalam perjalanan pulang dari Tangkuban Perahu kami singgah di tepi jalan just nak ambil gambar di SUMUR TEH. Lawak juga rasanya hanya berhenti untuk berphoto. 
Ladang Teh
Group kami mmg marveles.. punya jiwa, hati dan kepala yg sama... sama2 giler.. :) Bukan setakat itu saja, kami juga sempat singgah di KAMPUNG DAUN juga untuk snap gambar. Lihatlah keindahan tempat ni, dengan deco estetikanye... seterika arang dulu kala... mesin jahit antik... cantik kan.. Kata orang, tempat ini kelihatan cantik di waktu malam oleh kerana kesan pengcahayaan lampu.
Kampung Daun
Seterika Arang
Beca

Kami ke KARTIKA SARI mencari brownies dan kek lapis buat ole-oleh utk keluarga di Msia. Kemudian kami ke CIBADUYUT mencari brgn kulit... Kulit yang terkenal disitu ialah kulit domba iaitu kambing biri2. Destinasi hari ketiga yg terakhir adalah supermarket YOGJA. Gelihati juga melihat geng2 beli brg2 kegunaan harian disini... harganya mmg murah.. dan malam tu kami dinner A&W je sbb dah terlalu letih.


Hari keempat menyaksikan gelagat YY dan rakan berusaha keras memasukkan brg2 ke dalam beg. Sedar tak sedar dah exceed bagged. Mmg tamparan hebat utk kami yg shopping tak hengat dunia ni :) Perjalanan pulang sgt YY nantikan. Sebagaimana YY nantikan saat untuk sampai ke Bandung, begitu jugalah saat yg YY nantikan untuk pulang ke rumah bertemu anak2 dan juga suami yg senantiasa memberi dorongan dan sokongan pada YY. Lihatlah betapa indahnya kurniaan Illahi tika YY berada di atas flight dan smpat merakamkan kebesaran Allah ini.
Di awal perjalanan awan panas
Di pertengahan perjalanan awan berkepul mendung
Hampir tiba di Malaysia awan diliputi hujan tebal
Begitulah perjalanan percutian pengembaraan atau apa saja yg termampu YY ungkapkan untuk pertama kalinya YY menjejakkan kaki di negara orang. Apa2 pun negara sendiri lebih baik dihati YY. Paparan ini sama sekali tidak bermaksud apa2, cuma YY ingin merakamkan kenangan terindah YY. Maaf jika photo disini memberi kesan negatif kepada viewer tapi hasrat YY hanya ingin mengabadikan kenangan yg jarang2 dapat YY lalui. Wasalam..
Continue reading...

PSP.... books... soccer.... school....



Order from my friend Fini... Thanks dear...
Alhamdulillah Fini suka school bag Ben10 tu and PSP.. YY pun puas hati buat figurins tu.

Close-up
Continue reading...
 

YummYanz Delights Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice