Ramadhan akan melabuhkan tirainya dan Syawal bakal menjelma. YY rasa sedih bila Ramadhan berlalu pergi. Amalan di bulan Ramadhan rasa tak banyak sangat yang YY kerjakan... sekejap saja 1 bulan berlalu. Alangkah seronoknya jika bulan penuh kemuliaan ini berlanjutan lagi. Agar dapat kita teruskan amalan2 yang kadangkala sepi di bulan2 lain... contohnya membaca Al-Quran, tadarrus. Di dalam keseronokan berpuasa dan berbuka, singgahi bazaar2 Ramadhan yang penuh dengan tarikan pelbagai jenis makanan, kadangkala kita lupa pada yang lebih memerlukan. Mungkin YY perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka. Mungkin itu development yang perlu YY tingkatkan utk tahun2 mendatang.
Kepada seluruh umat Islam khasnya viewers Yummyanz Delights, YY ingin memohon jutaan ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata2 dalam blog ni yang mungkin secara tak sengaja menyinggung sesetengah pihak. Semoga Syawal 1431H ini dinikmati dengan penuh kesyukuran. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Yummyanz Delights sekeluarga.